Sitemap Default Color Blue Green Red Small Default Size Big Reset Search
<img src="http://www.adobe.com/images/shared/download_buttons/get_flash_player.gif" alt="Get Adobe Flash player" />

TINJAUAN KEBANGSAAN KESIHATAN DAN MORBIDITI

(National Health and Morbidity Survey)

NHMS 2018: KESIHATAN WARGA EMAS

 

SOALAN-SOALAN YANG KERAP DITANYA OLEH MASYARAKAT UMUM (FREQUENTLY ASKED QUESTIONS)

  

1.

SOALAN

Apa yang dimaksudkan dengan NHMS ?

 

JAWAPAN

NHMS ialah satu kajian atau survey yang dijalankan oleh INSTITUT KESIHATAN UMUM, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan status kesihatan masyarakat di Malaysia. Maklumat yang diperoleh ini akan dikaji dan dinilai bagi meningkatkan lagi taraf perkhidmatan kesihatan di negara ini.

     

2.

SOALAN

Siapakah yang terlibat?

 

JAWAPAN

Semua rumah yang terpilih secara rawak dan mempunyai ahli isi rumah yang terdiri daripada warga emas berumur 60 tahun ke atas dan golongan pra-warga emas berumur 50-59 tahun.

     

3.

SOALAN

Siapa yang akan datang ke rumah?

 

JAWAPAN

Rumah-rumah yang terpilih akan dilawati oleh pasukan pengumpul data yang terdiri daripada 2 hingga 3 orang penemuduga yang dilatih khusus untuk penyenaraian dan kutipan data tinjauan ini, bersama seorang pemandu dan kenderaan khas tinjauan dengan pelekat khas tinjauan. Semua pegawai yang terlibat akan diberikan:
• Tanda nama khas sebagai pengenalan diri, dan
• Surat pengenalan diri bagi menjalankan tinjauan ini.

     

4.

SOALAN

Kenapa rumah saya dipilih dan bagaimana?

 

JAWAPAN

Pemilihan rumah adalah berdasarkan pemilihan rawak daripada senarai yang disediakan sewaktu fasa penyenaraian rumah. Sebanyak 110 kawasan, dikenali sebagai Blok Perhitungan, yang dipilih secara rawak oleh Jabatan Perangkaan Malaysia akan dilawati di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Dianggarkan 20,000 rumah-rumah di kawasan ini akan dilawati terlebih dahulu pada peringkat penyenaraian bagi mengenalpasti rumah-rumah yang dihuni oleh warga emas. Berdasarkan aktiviti penyenaraian rumah pada peringkat awal, temuramah dalam sesi pengumpulan data di lapangan nanti akan dijadualkan dengan seramai 7,000 orang responden terpilih dalam tinjauan ini.

     

5

SOALAN

Berapa lama tempoh yang diambil bagi sesi temuramah dan pemeriksaan kesihatan di sesebuah rumah?

 

JAWAPAN

Setiap sesi temuduga dan pemeriksaan kesihatan dianggarkan mengambil masa lebih kurang 45 minit hingga 1 jam.

     

6.

SOALAN

Kalau saya tidak senang atau sibuk, bolehkah saya menarik diri dari ditemuramah?

 

JAWAPAN

Penyertaan anda dalam tinjauan ini adalah secara sukarela dan temuramah serta pemeriksaan kesihatan hanya dibuat selepas mendapat persetujuan daripada anda, namun demikian sumbangan anda dalam kajian ini dapat membantu KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAuntuk merangka penambahbaikan dalam perkhidmatan yang disediakan.

     

7.

SOALAN

Apakah pemeriksaan kesihatan yang akan dibuat? 

 

JAWAPAN

Pemeriksaan antropometri dilakukan untuk pengukuran tinggi, berat badan, pengukuran lilit pinggang serta betis.

     

8.

SOALAN

Apakah manfaat/faedah yang saya peroleh sebagai responden tinjauan ini?

 

 

JAWAPAN

 

Maklumat yang diperoleh akan dapat membantu dalam meningkatkan lagi taraf perkhidmatan kesihatan di negara ini. Bagi keputusan pemeriksaan kesihatan dan sosial yang memerlukan pemeriksaan lanjut, responden akan dirujuk ke fasiliti kesihatan terdekat.

     

9.

SOALAN

Apakah cara maklumat diperoleh daripada responden?

 

 

JAWAPAN

 

Pasukan pengumpulan data tersebut akan mendapatkan maklumat melalui kaedah berikut:
• Sesi temuduga menggunakan tablet (Sistem eNHMS)
• Sesi pengukuran antropometri oleh kakitangan terlatih

     

10.

SOALAN

Adakah maklumat yang diperoleh akan dirahsiakan?

 

 

JAWAPAN

 

Maklumat peribadi yang diperoleh dalam tinjauan ini akan disimpan dan dikendalikan secara sulit, bersesuaian dengan peraturan-peraturan dan/atau undang-undang yang berkenaan. Semua maklumat akan hanya digunakan untuk tujuan kajian dan rujukan susulan sahaja.