Menu

Selamat datang ke laman web NHMS 2019

Tinjauan Kebangsaan
Kesihatan dan
Morbiditi 2019

National Health and Morbidity Survey (NHMS)

Apa yang dimaksudkan dengan NHMS?

"NHMS ni apa?"

NHMS adalah satu Kajian atau Survey untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan status kesihatan masyarakat di Malaysia. Maklumat yang diperoleh ini akan dikaji dan dinilai bagi meningkatkan lagi taraf perkhidmatan kesihatan di Negara ini.
Tahun ini, tinjauan ini akan melibatkan sebanyak:

16
buah negeri dan wilayah-
wilayah persekutuan
477
blok perhitungan (BP) dan
lebih kurang 12,000
tempat kediaman (TK)
yang dipilih secara rawak
33
RIBU orang responden
atau peserta kajian
(kanak-kanak dan dewasa)
353
orang pengumpul data
serta jururawat di lapangan
di seluruh negara

Soalan Lazim (FAQ)

Soalan-soalan yang kerap ditanya oleh masyarakat umum

Siapa yang terlibat?

Semua ahli keluarga / ahli isi rumah bagi rumah yang terpilih secara rawak akan ditemuramah dan pemeriksaan kesihatan turut dijalankan.

Kenapa rumah saya dipilih dan bagaimana?

Pemilihan rumah adalah secara rawak yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, di mana lebih kurang 12,000 rumah kediaman yang mewakili kawasan bandar dan luar bandar daripada senarai kediaman seluruh Malaysia telah terpilih untuk kajian ini.

Siapa yang akan datang ke rumah?

Rumah-rumah yang terpilih akan dilawati oleh Pasukan Pengumpulan Data yang terdiri daripada 4 orang penemuduga, seorang jururawat dan seorang penyelia pasukan dengan kenderaan yang mempunyai pelekat khas NHMS. Semua pegawai yang terlibat akan diberikan:
• Tanda nama khas sebagai pengenalan diri, dan
• Surat pengenalan diri bagi menjalankan tinjauan ini

Apakah pemeriksaan kesihatan yang akan dibuat?

Semua ahli isi rumah akan diukur tinggi, berat badan, panjang (untuk kanak-kanak bawah 2 tahun) serta ukur lilit pinggang (untuk ahli isi rumah 13 tahun dan ke atas) dan betis (untuk ahli isi rumah 60 tahun dan ke atas). Bagi ahli isi rumah yang berusia 18 tahun ke atas, akan diukur tekanan darah serta diambil sampel darah untuk mengukur paras gula dan kolesterol (perlu berpuasa malam sebelumnya). Bagi pengambilan darah untuk mengukur paras hemoglobin (darah merah), penglibatan adalah daripada ahli isi rumah yang berumur 15 tahun ke atas.

Berapa lama tempoh yang diambil bagi sesi temuramah dan pemeriksaan kesihatan di sesebuah rumah?

Lebih kurang 45 minit hingga 1 jam.

Kalau saya tidak senang atau sibuk, bolehkah saya menarik diri dari ditemuramah?

Penyertaan anda dalam tinjauan ini adalah secara sukarela dan temuramah serta pemeriksaan kesihatan hanya dibuat selepas mendapat persetujuan daripada anda.

Berapa banyak sampel darah yang akan diambil?

Hanya setitis darah dengan menggunakan kaedah cucukan jari (finger prick) akan diambil untuk mengukur kandungan gula, paras kolesterol dan paras hemoglobin (darah merah).

Apakah manfaat/faedah yang saya peroleh sebagai responden tinjauan ini dan apa yang dibuat selepas sampel darah diambil?

Pemeriksaan kesihatan ini adalah percuma. Maklumat yang diperoleh akan dapat membantu dalam meningkatkan lagi taraf perkhidmatan kesihatan di negara ini. Jururawat berkenaan akan memaklumkan sama ada keputusan normal atau tidak. Sekiranya tidak normal, anda akan dirujuk ke klinik kesihatan/hospital berdekatan bagi pemeriksaan lanjut.

Apakah cara maklumat diperoleh daripada responden?

Pasukan pengumpulan data tersebut akan mendapatkan maklumat melalui kaedah berikut:
• Sesi temuduga menggunakan tablet (Sistem eNHMS)
• Borang Soal Selidik Isi Sendiri untuk topik tertentu oleh responden (yang layak)
• Sesi Pemeriksaan kesihatan

Adakah maklumat yang diperoleh akan dirahsiakan?

Maklumat peribadi yang diperoleh dalam tinjauan ini akan disimpan dan dikendalikan secara sulit, bersesuaian dengan peraturan-peraturan dan/atau undang-undang yan berkenaan. Semua maklumat akan hanya digunakan untuk tujuan kajian dan rujukan susulan.

Media

Aktiviti publisiti dan siaran media

Penerbitan

Muat turun laporan, infografik, dan kertas fakta untuk tinjauan-tinjauan NHMS yang lepas

Hubungi Kami

Pertanyaan atau maklum balas?

Hubungi kami di sini:

Sedang dihantar...
Maaf, mesej anda tidak dapat dihantar. Sila cuba lagi.
Mesej anda berjaya dihantar. Terima kasih!
Alamat

Institut Kesihatan Umum (IKU)
Kompleks Institut Kesihatan Negara (NIH)
No.1, Jalan Setia Murni U13/52
Seksyen U13, Setia Alam
40170 Shah Alam, Selangor

Emel

nhms.iku@moh.gov.my
dr.shubash@moh.gov.my (Penyelidik Utama)

Bilik Operasi NHMS

Telefon: 03-3362 8793
Faks: 03-3362 7801